Wan Azman dianugerah Profesor Emeritus UM

Wan Azman dianugerahkan gelaran Profesor Emeritus pada sidang pertama Istiadat Konvokesyen Universiti Malaya Ke-64 baru-baru ini.
Wan Azman dianugerahkan gelaran Profesor Emeritus pada sidang pertama Istiadat Konvokesyen Universiti Malaya Ke-64 baru-baru ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Pakar Kardiologi Negara, Fakulti Perubatan Universiti Malaya, Datuk Paduka Dr Wan Azman Wan Ahmad dianugerahkan gelaran Profesor Emeritus pada sidang pertama Istiadat Konvokesyen Universiti Malaya Ke-64 baru-baru ini.

Menurutnya, setelah berkhidmat lebih 40 tahun di universiti itu, ia merupakan hari paling bermakna kerana Canselor, Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah yang menyampaikan anugerah tersebut.

Wan Azman memberi sumbangan signifikan dalam kepakaran dan kepimpinan akademik di peringkat fakulti, universiti dan negara.
Wan Azman memberi sumbangan signifikan dalam kepakaran dan kepimpinan akademik di peringkat fakulti, universiti dan negara.

"Kenangan ini akan disematkan sebagai memori termanis buat saya. Kejayaan yang saya kecapi adalah kerana doa restu ibu bapa dan sokongan keluarga.

"Kepada semua pelajar dan graduan Universiti Malaya, saya harap penganugerahan ini dapat berikan inspirasi untuk pelajar dan graduan untuk menjadi lebih cemerlang. Seperti tagline yang disampaikan oleh Naib Canselor Universiti Malaya, di sini bermulanya pintar, tanah tumpahnya berani," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Dalam pada itu, Wan Azman juga menyampaikan mesej mengenai penyakit jantung yang makin meningkat.

Menurut beliau, pesakit jantung di Malaysia kini meningkat di kalangan golongan muda dan lebih membimbangkan kadar kematian akibat serangan sangat tinggi.

"Penyakit jantung boleh dicegah sekiranya langkah-langkah pencegahan diambil seperti berhenti merokok, menjaga pemakanan dan menukar gaya hidup yang lebih aktif," katanya.

Artikel Berkaitan:

Wan Azman memberi sumbangan signifikan dalam kepakaran dan kepimpinan akademik di peringkat fakulti, universiti dan negara.

Beliau telah berkhidmat lebih 40 tahun di Universiti Malaya, sumbangan dan pencapaian beliau tidak dapat dinafikan lagi terutamanya kepada Fakulti dan Jabatan dalam bidang Kardiologi.

Sumbangan beliau paling signifikan adalah memperkenalkan konsep hospital mesra ibadah di Pusat Perubatan Universiti Malaya yang masih diteruskan sehingga kini.

Wan Azman juga terlibat dalam membangunkan lebih 20 garis panduan amalan klinikal serta menganggotai lebih daripada 100 jawatankuasa dan badan penasihat pelbagai atau kategori di peringkat universiti serta negara.

Universiti Malaya pada tahun ini meraikan 9,253 graduan dalam Istiadat Konvokesyen Ke-64 melibatkan 16 sidang bermula 30 November hingga 8 Disember 2024.

Pembukaan sidang pertama Istiadat Konvokesyen Ke-64 diisytiharkan oleh Sultan Nazrin.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!