Tujuh keluarga terperangkap banjir, hanya tinggal mi segera alas perut

Keadaan di luar bangunan dua tingkat yang dihuni oleh 30 mangsa banjir di Taman Sri Bayu, Tumpat. Foto ihsan pembaca
Keadaan di luar bangunan dua tingkat yang dihuni oleh 30 mangsa banjir di Taman Sri Bayu, Tumpat. Foto ihsan pembaca
A
A
A

TUMPAT - Seramai 30 mangsa banjir daripada tujuh keluarga di Taman Sri Bayu, di sini hanya bertahan dengan mi segera selepas bekalan makanan seperti beras dan biskut habis sejak Khamis.

Che Naim Mat Yusof, 49, berkata, banjir buruk yang melanda kawasan itu menyukarkan mereka untuk keluar mencari makanan, lebih-lebih lagi banyak kedai ditutup akibat musibah berkenaan.

"Kami selamat di sini tetapi bekalan makanan pula habis.

"Hanya tinggal mi segera untuk alas perut, sedangkan kami seramai 30 orang termasuk bayi berusia dua minggu dan sebulan. Kami berharap sangat ada pihak dapat menghantar bekalan makanan dengan segera," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Sabtu.

Menurut Che Naim, mereka menumpang di tingkat atas bangunan kedai berhampiran Taman Sri Bayu selepas rumah ditenggelami banjir.

Ujarnya, selain itu bekalan elektrik juga sudah terputus sejak dua hari lalu.

Katanya, mereka tujuh keluarga terpaksa menahan lapar serta bergelap sepanjang menanti air banjir surut.

"Kami di sini boleh digambarkan terperangkap.

Artikel Berkaitan:

"Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan makanan boleh hubungi saya di talian 018-9416411," katanya

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!