Malaysia, Bangladesh sama kuat
HASRAT skuad hoki remaja lelaki negara untuk meneruskan momentum kemenangan tidak kesampaian apabila diikat 2-2 Bangladesh dalam perlawanan Kumpulan B Piala Remaja Asia 2024 di Stadium Hoki Oman, Al Marat, Muscat, Oman, Sabtu.
Keazaman tinggi The Young Tigers bimbingan I Vikneswaran untuk melebarkan rentak kemenangan tinggi apabila memimpin perlawanan menerusi sentuhan jaringan padang Muhammad Danish Danial Abdul Wahab minit kedua.
Bangladesh asuhan Mohammad Moududur Rahman yang tidak goyang sebaliknya tenang bangkit menekan Young Tigers berjaya menyamakan kedudukan menerusi pukulan sudut Amirul Islam minit ke-27.
Separuh masa kedua, Young Tigers kembali ditekan menyaksikan Bangladesh berjaya dimanfaatkan Md Hassan untuk gol padang pada minit ke-36 untuk kedudukan 2-1.
Bintang Young Tigers, Muhammad Khairul Norizam muncul wira negara apabila meledak gol penyamaan pada minit ke-40 hasil pukulan sudut penalti seterusnya mengikat permainan 2-2.
Perlawanan terakhir kumpulan B Young Tigers adalah berdepan gergasi hoki Pakistan pada malam esok dengan tiga mata bagi memudahkan laluan ke separuh akhir
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!