Ragam Pilkada 2024

Seorang pengundi, Slamet Suwito menghias wajahnya seperti wanita tua semasa mengundi di pusat mengundi Alas Malang, Banyuwangi, Jawa Timur. Gaya itu diinspirasi daripada filem KKN Desa Penari.
Seorang pengundi, Slamet Suwito menghias wajahnya seperti wanita tua semasa mengundi di pusat mengundi Alas Malang, Banyuwangi, Jawa Timur. Gaya itu diinspirasi daripada filem KKN Desa Penari.
A
A
A

JAKARTA - Seramai 207.1 juta pengundi keluar mengundi pada Pemilihan Kepala Daerah (Pilkada) 2024 yang berlangsung pada Rabu bagi menentukan kepimpinan di 545 kawasan meliputi 37 wilayah, 415 daerah dan 93 bandar.

Media melaporkan pengundian berlangsung aman di kebanyakan kawasan walaupun terdapat beberapa lokasi yang menghadapi kesukaran akses untuk ke pusat mengundi susulan kejadian banjir.

Hari pengundian juga dimeriahkan dengan pelbagai aksi dan ragam pengundi, malah ada antara mereka hadir dengan mengenakan kostum beraneka bagi menunaikan tanggungjawab masing-masing.

Petugas pilihan raya turut mengenakan busana tokoh tradisional daripada kisah Mahabharata, Kuwara bagi menarik minat pengundi turun di pusat pengundian.
Petugas pilihan raya turut mengenakan busana tokoh tradisional daripada kisah Mahabharata, Kuwara bagi menarik minat pengundi turun di pusat pengundian.

Di Pusat Mengundi Desa Penarungan, Badung, Bali misalnya, petugas pilihan raya turut mengenakan busana tokoh tradisional daripada kisah Mahabharata, Kuwara bagi menarik minat pengundi-pengundi turun ke pusat pengundian berkenaan.

Tidak terkecuali masyarakat di kawasan pedalaman dan suku tradisional Indonesia juga turun ke pusat pengundian dengan berpakaian adat semasa mengundi.

Sebanyak 435,296 pusat pengundian disediakan di seluruh negara bagi memastikan kelancaran proses pengundian.

Artikel Berkaitan:

Suruhanjaya Pilihan Raya Umum (KPU) melaporkan, jumlah pengundi antara lelaki dan wanita hampir seimbang, dengan 103.2 juta lelaki dan 103.9 juta wanita layak memilih pemimpin wilayah.

Petugas di pusat mengundi 12, Pasir Kaliki, Kota Cimahi, Jawa Barat yang mengenakan kostum adiwira menunjukkan jari kelingking mereka yang dicelup dakwat selepas mengundi.
Petugas di pusat mengundi 12, Pasir Kaliki, Kota Cimahi, Jawa Barat yang mengenakan kostum adiwira menunjukkan jari kelingking mereka yang dicelup dakwat selepas mengundi.

Sebelum itu penganalisis politik menggariskan beberapa pemilihan gabenor berprofil tinggi menjadi tumpuan utama terutamanya di Jawa Tengah, Sumatera Utara dan Jakarta, dengan keputusan pilihan raya tersebut dijangka memberi impak besar terhadap landskap politik negara.

KEPUTUSAN AWAL

Keputusan awal Pilkada yang melibatkan 103 pasangan calon gabenor dan naib gabenor di 37 wilayah menunjukkan pendahuluan ketara bagi pesaing utama di Sumatera Utara, Jakarta serta Jawa Tengah.

Di Sumatera Utara, Bobby Nasution dan pasangannya, Surya mendahului dengan 62.77 peratus undi, manakala pesaing terdekat mereka, Edy Rahmayadi serta Hasan Basri mengekori 37.23 peratus, menurut data kiraan pantas daripada agensi tinjauan Indikator Politik Indonesia.

Di Jakarta, perlumbaan kekal ketat antara tiga pasangan iaitu Ridwan Kamil-Suswono, Dharma Pongrekun-Kun Wardana dan Pramono Anung-Rano Karno.

Hasil kiraan pantas daripada empat institusi tinjauan menunjukkan Pramono Anung dan Rano Karno mendahului dengan purata 50 peratus undi.

Pengundi daripada suku Badui keluar menunaikan hak mereka di pusat mengundi 02 Desa Kanekes, Lebak, Banten.
Pengundi daripada suku Badui keluar menunaikan hak mereka di pusat mengundi 02 Desa Kanekes, Lebak, Banten.

Di Jawa Tengah, Ahmad Luthfi dan Taj Yasin Maimoen mendahului dengan 58.5 peratus undi, memintas Andika Perkasa dan Hendrar Prihadi, yang memperoleh sebanyak 41.5 peratus. Ia berdasarkan data daripada empat agensi tinjauan, termasuk Indikator Politik Indonesia.

Keputusan akhir akan diumumkan KPU menjelang 16 Disember ini.- Agensi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!