Tak relevan patah balik nama Universiti Pertanian

Abdul Mua’ti (gambar kecil) secara peribadi berpendapat, nama Universiti Pertanian tidak menggambarkan keseluruhan pengajian ditawarkan UPM ketika ini.
Abdul Mua’ti (gambar kecil) secara peribadi berpendapat, nama Universiti Pertanian tidak menggambarkan keseluruhan pengajian ditawarkan UPM ketika ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Cadangan penukaran semula nama Universiti Putra Malaysia (UPM) kepada Universiti Pertanian Malaysia dianggap tidak relevan memandangkan kini terdapat pelbagai bidang pengajian yang ditawarkan.

Alumni UPM, Datuk Dr Abdul Mua’ti @Zamri Ahmad secara peribadi berpendapat, nama Universiti Pertanian tidak menggambarkan keseluruhan pengajian ditawarkan UPM ketika ini.

“Walaupun masih mengekalkan program dan juga fakulti sesetengahnya dalam bidang pertanian tetapi oleh kerana ada bidang lain, maka tak kena kalau nak patah balik kepada nama Universiti Pertanian,” katanya kepada Sinar Ahad.

Menurut beliau, seeloknya nama UPM dikekalkan yang mana telah dikenali dan diiktiraf di seluruh dunia.

“Kalau tukar ke pertanian, hanya mewakili empat fakulti daripada keseluruhan fakulti yang ada di UPM hari ini,” katanya.

Jelasnya, pada peringkat awal, program yang ditawarkan berteraskan pertanian berbanding kini telah berkembang meliputi pelbagai bidang termasuk kejuruteraan, perubatan, komunikasi, ekologi manusia dan teknologi maklumat.

“Bermula dengan Kolej Pertanian, kemudian disatukan dengan Fakulti Pertanian Universiti Malaya, menjadi Universiti Pertanian Malaysia pada 1971, pada waktu itu memang program pengajian yang ada, semuanya berteraskan pertanian,” ulasnya.

-- INFO

Artikel Berkaitan:

Senarai fakulti dan sekolah di UPM

1. Fakulti Pertanian (FP)

2. Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar (FHAS)

3. Fakulti Perubatan Veterinar (FPV)

4. Sekolah Perniagaan dan Ekonomi (SPE)

5. Fakulti Kejuruteraan (FK)

6. Fakulti Pengajian Pendidikan (FPP)

7. Fakulti Sains (FS)

8. Fakulti Sains dan Teknologi Makanan (FSTM)

9. Fakulti Ekologi Manusia (FEM)

10. Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK)

11. Fakulti Rekabentuk dan Senibina (FRSB)

12. Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK)

13. Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (FSKTM)

14. Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul (FBSB)

15. Pusat Asasi Sains Pertanian

16. Fakulti Sains Pertanian dan Perhutanan

17. Fakulti Kemanusiaan, Pengurusan dan Sains

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!