ATM bantu pindah 189 calon SPM terkandas banjir di Rantau Panjang
RANTAU PANJANG - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melalui Op Murni membantu memindahkan 189 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang terkandas banjir di sini.
Mereka diangkut menggunakan bot dan trak dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Rantau Panjang ke Sekolah Kebangsaan Gual Tinggi sebelum dipindahkan ke Pasir Mas.
Kesemua calon ini akan ditempatkan di SMK Pasir Mas, SMK Ibrahim 1 dan SMK Ibrahim 2.
AKAN MENYUSUL
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!