Permainan Perak FC kurang 'umph' - Yusri

Yusri
Yusri
A
A
A

PENGENDALI Perak FC, Yusri Che Lah menyifatkan prestasi anak buahnya kurang menyengat di sebalik kemenangan 3-1 ke atas Kelantan Darul Naim (KDN) FC.

Pun begitu, beliau tetap bersyukur dengan kemenangan yang melayakkan pasukannya ke peringkat suku akhir Piala Malaysia.

"Walaupun kita menang tapi cara permainan agak kurang 'umph'. Sepatutnya kita beraksi di gelanggang sendiri malam ini tidak menjadi satu alasan untuk kita memperagakan aksi yang lebih baik.

"Sungguh pun begitu, tahniah kepada para pemain. Mereka melepaskan diri daripada pasukan 16 dan masuk ke suku akhir," katanya kepada pemberita selepas perlawanan di antara Perak FC menentang KDN FC di sini pada Sabtu.

Sementara itu, Yusri menyifatkan pasukannya bakal berdepan perlawanan getir pada Disember ini susulan jadual yang agak padat.

Menurutnya, pemain memerlukan rehat secukupnya di sebalik ketiadaan pemain akibat kecederaan termasuklah kapten pasukan, Luciano Guaycochea.

Jelasnya, di sebalik kemenangan ke atas KDN FC, banyak lagi kelemahan yang perlu diperbaiki kerana lawan selepas ini bukan mudah.

Katanya, sama ada bertemu Selangor FC atau Sri Pahang FC, pasukannya tidak akan memberi laluan mudah kepada pasukan yang akan dihadapinya.

Artikel Berkaitan:

"Kedua-duanya pasukan yang kuat bagi kami, kami faham dan kami tahu. Apa yang pasti kami akan cuba sebaik mungkin untuk meletakkan pasukan Perak di tempat yang terbaik dan sekali lagi Piala Malaysia menyajikan sesuatu yang amat berprestij kepada semu.

"Jadi kita akan usaha sebaik mungkin untuk untuk tidak membenarkan mana-mana pasukan ataupun memberi jalan mudah kepada mereka," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!