Banjir: 97,128 mangsa di Kelantan terjejas

Penduduk kampung mengunakan perahu sebagai alat pengangkutan untuk melakukan aktiviti harian selepas kebanyakan kawasan dinaiki air ekoran banjir yang melanda, ketika tinjauan pada Sabtu. - Foto Bernama
Penduduk kampung mengunakan perahu sebagai alat pengangkutan untuk melakukan aktiviti harian selepas kebanyakan kawasan dinaiki air ekoran banjir yang melanda, ketika tinjauan pada Sabtu. - Foto Bernama
A
A
A

KOTA BHARU - [DIKEMAS KINI] Banjir di Kelantan tidak menampakkan perubahan positif apabila mangsa terus meningkat seramai 97,128 orang membabitkan 30,017 keluarga yang kini berlindung di 284 pusat pemindahan sementara (PPS).

Kemaskini InfoBencana JKM jam 8.05 pagi mencatatkan mangsa banjir di daerah Pasir paling ramai iaitu 29,663 membabitkan 9,895 keluarga yang kini berlindung di 66 PPS.

Daerah kedua paling ramai ialah Tumpat dengan 17,713 mangsa membabitkan 5,492 keluarga manakala Pasir Puteh pula membuka 30 PPS untuk 2,983 keluarga dengan mangsa keseluruhan seramai 9,872.

Sementara itu, di Tanah Bachok mencatatkan 6,952 mangsa dengan 15 PPS dibuka dan Kuala Krai pula dilaporkan seramai 6,614 mangsa manakala Tanah Merah seramai 5,309 mangsa.

Portal itu turut melaporkan daerah Machang masih mempunyai 6,098 mangsa keseluruhannya manakala daerah Jeli dan Gua Musang masing-masing 600 mangsa dan 36 mangsa yang ditempatkan di PPS.

Sementara itu Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melaporkan berlaku hujan menyeluruh bermula Ahad hingga Sabtu.

Keadaan cuaca juga diramalkan ribut petir di beberapa tempat dengan ombak setinggi 1.5 hingga 3.5 meter (m).

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!