Dua hari redah arus deras guna bot bawa anak calon SPM keluar

Nor Azira (kanan) dan anaknya, Nur Ariana yang merupakan calon SPM tidak dapat menahan sebak ketika menceritakan kembali usaha mereka selama dua hari meredah arus deras guna bot untuk keluar dari Kampung Gual Machang ke SK Gual Tinggi.
Nor Azira (kanan) dan anaknya, Nur Ariana yang merupakan calon SPM tidak dapat menahan sebak ketika menceritakan kembali usaha mereka selama dua hari meredah arus deras guna bot untuk keluar dari Kampung Gual Machang ke SK Gual Tinggi.
A
A
A

RANTAU PANJANG - Seorang ibu sanggup meredah arus deras menggunakan bot untuk membawa anak sulungnya yang merupakan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) keluar dari kampung mereka di Gual Machang ke Sekolah Kebangsaan (SK) Gual Tinggi di sini.

Nor Azira Abdul Halim, 38, berkata, dua hari dia dan anaknya, Nur Ariana Mohd Rozizi cuba untuk keluar dari kampung namun gagal kerana arus terlalu deras.

"Pagi ini saya nekad minta bantuan orang ramai dan Alhamdulillah ada yang sudi membantu.

"Akhirnya anak saya bersama empat lagi calon SPM berjaya sampai di SK Gual Tinggi walaupun terpaksa meredah arus deras. Saya pun ikut bersama bagi memastikan anak selamat sampai," katanya kepada pemberita.

Menurutnya, banjir kali ini diluar jangka dan paling teruk kerana mereka sekeluarga sudah lima hari terkandas.

Selain itu ada ibu yang sanggup mengayuh basikal, mengemudi perahu demi memastikan anak-anak mereka yang merupakan calon SPM dapat dipindahkan ke kawasan selamat untuk menduduki ujian lisan Bahasa Melayu dan Inggeris pada Isnin.

AKAN MENYUSUL

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!