Warga emas tinggal seorang diri ditemui mati dengan kesan tikaman

Seorang warga emas ditemukan maut dengan kesan tikaman di ruang tamu rumah di Taman Bahagia, Senai pada Sabtu.
Seorang warga emas ditemukan maut dengan kesan tikaman di ruang tamu rumah di Taman Bahagia, Senai pada Sabtu.
A
A
A

KULAI - Seorang warga emas ditemukan maut dengan kesan tikaman di ruang tamu rumah di Taman Bahagia, Senai pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee berkata, lelaki warga tempatan berusia 67 tahun itu dipercayai tinggal berseorangan di rumah tersebut.

"Maklumat berhubung kejadian diterima daripada seorang lelaki tempatan yang menelefon polis sekitar jam 11.42 pagi, Sabtu.

"Pengadu memberitahu telah menjumpai seorang lelaki dalam keadaan terbaring berlumuran darah di ruang tamu rumahnya," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Menurut Seng Lee, hasil pemeriksaan ke atas tubuh badan mangsa mendapati terdapat kesan tikaman dipercayai menggunakan objek tajam.

"Siasatan di lokasi mendapati tiada barang mangsa yang hilang dan punca kejadian masih dalam siasatan.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

"Pihak polis menggesa orang awam yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian tersebut boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Asisten Komisioner Nur Aniyah Ismail di talian 013-9792526 atau IPD Kulai 07-6632222," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!