Bersekutu Bersatu minta wakil rakyatnya lantik pegawai khas bukan Melayu

Chong Fat Full ketika berucap semasa ucapan penangguhan PAT Bersatu yang berlangsung di IDCC di sini, pada Ahad.
Chong Fat Full ketika berucap semasa ucapan penangguhan PAT Bersatu yang berlangsung di IDCC di sini, pada Ahad.
A
A
A

SHAH ALAM - Sayap Bersekutu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) meminta agar wakil rakyatnya melantik pegawai khas bukan Melayu di kawasan yang mempunyai lebih 10 peratus pengundi daripada golongan itu.

Ketuanya, Dr Chong Fat Full berkata, lantikan secara pro bono atau demi kebaikan awam itu bukan sahaja dapat membantu Bersekutu menaikkan nama dan imejnya, tetapi dapat menyantuni pengundi bukan Melayu dengan sedikit dana untuk kawasan berkenaan.

Justeru katanya, ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri Bersatu diharap mempertimbangkan perkara itu, walaupun tidak dibayar gaji.

“Bagi menjenamakan semula Bersekutu, kita akan mentaksir semula dan membuat penjenamaan baharu supaya nampak lebih proaktif, prihatin dan berorientasi kepada perkhidmatan.

“Buat masa ini, Bersekutu mempunyai beberapa pegawai khas di bawah wakil rakyat Pas, tapi kurang dengan wakil rakyat kita sendiri,” katanya ketika berucap semasa ucapan penangguhan Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) Bersatu yang berlangsung di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) di sini, pada Ahad.

Turut hadir, Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Presiden, Datuk Seri Hamzah Zainudin serta kepimpinan tertinggi parti itu.

Tambah Fat Full, Sayap Bersekutu Bersatu juga telah ambil inisiatif untuk berinteraksi dengan rakan parti komponen Perikatan Nasional seperti Pas secara tidak rasmi sebagai penaja.

“Bersekutu akan teruskan usaha ini, menjadi lebih proaktif dan berharap dapat mengurangkan isu-isu serampang dua mata.

Artikel Berkaitan:

“Kita juga harap dapat diberikan peranan dalam Jawatankuasa Perikatan Nasional di peringkat bahagian, negeri dan Pusat,” jelasnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!