DUN Johor lulus Belanjawan 2025 berjumlah RM1.999 bilion
ISKANDAR PUTERI - Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor pada Ahad, sebulat suara meluluskan Belanjawan Johor 2025 berjumlah RM1.999 bilion.
Belanjawan Johor 2025 bertemakan Maju Johor, Rakyat Sejahtera, dibentangkan Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi pada 21 November lalu
Pada 21 November lalu, kerajaan Johor membentangkan Belanjawan Johor 2025 berjumlah RM1.999 bilion.
Belanjawan untuk tahun depan itu meningkat berbanding RM1.799 bilion diperuntukkan bagi 2024.
Onn Hafiz dilaporkan berkata, Johor mencatat sejarah apabila diunjurkan bakal menerima hasil RM2.005 bilion tahun ini, pertama kalinya negeri merekodkan hasil melebihi RM2 bilion.
Katanya, Johor turut mencatatkan belanjawan lebihan RM5.12 juta untuk tiga tahun berturut-turut.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!