MAIWP tambah RM7 juta bantuan mangsa banjir

Mohd Na’im ditemui pada Karnival Soul Journey Belia Asnaf di Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) pada Ahad.
Mohd Na’im ditemui pada Karnival Soul Journey Belia Asnaf di Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) pada Ahad.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menyediakan peruntukan tambahan RM7 juta untuk bantuan mangsa banjir seluruh negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, ini menjadikan jumlah keseluruhan bantuan meningkat kepada RM12 juta.

Menurutnya, penambahan jumlah bantuan itu mengambil kira angka mangsa semakin meningkat susulan keadaan banjir yang semakin memburuk.

"Pada Sabtu, saya umumkan bantuan kepada mangsa banjir sebanyak RM5 juta dan hari ini MAIWP bersetuju menambah peruntukan RM2 juta lagi.

"Selain itu, Yayasan Taqwa iaitu sebuah anak syarikat di bawah MAIWP juga akan menyumbang RM5 juta menjadikan jumlah keseluruhan menjadi RM12 juta," katanya ditemui pada Karnival Soul Journey Belia Asnaf di Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) pada Ahad.

Katanya, saluran bantuan RM7 juta akan dibuat melalui Tabung Musaadah Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM).

"Bantuan ini akan diselaraskan oleh JAKIM sementara RM5 juta lagi akan dibincang bersama Yayasan Taqwa MAIWP untuk kaedah bantuan yang akan disalurkan.

"Diharap bantuan disalurkan ini dapat meringankan beban mangsa banjir khususnya di pantai timur," katanya.

Artikel Berkaitan:

Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) meningkat kepada 150,782 orang setakat jam 9 pagi ini.

Jumlah tersebut membabitkan 45,195 keluarga yang kini ditempatkan di 699 PPS di sembilan negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Negeri Sembilan, Kedah, Perlis, Johor, Pahang, Melaka dan Selangor.

Kelantan terus merekodkan jumlah mangsa banjir tertinggi dengan 30,049 orang sementara Terengganu dengan 41,795 orang.

Di Kedah mangsa banjir naik dengan mendadak apabila seramai 8,077 orang daripada 2,584 keluarga di tujuh daerah ditempatkan di 54 PPS.

Sementara situasi bencana di tiga negeri membabitkan Negeri Sembilan dan Selangor mencatat penurunan mangsa.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!