Penduduk kawasan berisiko banjir diminta siap sedia

Anggota APM daerah Raub membantu memindahkan mangsa banjir dari kawasan terjejas ke PPS yang dibuka di daerah itu pada Ahad.
Anggota APM daerah Raub membantu memindahkan mangsa banjir dari kawasan terjejas ke PPS yang dibuka di daerah itu pada Ahad.
A
A
A

KUANTAN - Penduduk di kawasan berisiko di negeri ini diminta bersiap sedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan berlakunya bencana banjir.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, ia susulan bencana banjir yang kembali melanda negeri ini membabitkan daerah Raub, Lipis dan Jerantut.

Menurutnya, mangsa yang terlibat diharap bersabar dan terus berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) selagi mana diarahkan pihak berkuasa.

Jerantut menjadi daerah terbaharu dilanda banjir di Pahang. Foto ihsan APM
Jerantut menjadi daerah terbaharu dilanda banjir di Pahang. Foto ihsan APM

"Terus patuh kepada arahan pihak berkuasa dan pastikan diri dan keluarga berada dalam keadaan yang selamat," ujarnya melalui hantaran di Facebooknya pada Ahad.

Sementara itu, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Jerantut melaporkan, Pahang terus mencatatkan peningkatan mangsa dengan Jerantut menjadi daerah terbaharu di negeri itu dilanda banjir apabila 66 mangsa membabitkan 18 keluarga ditempatkan di tiga PPS pada Ahad.

Anggota APM Jerantut melakukan pemantauan di lokasi banjir di Jerantut. Foto ihsan APM
Anggota APM Jerantut melakukan pemantauan di lokasi banjir di Jerantut. Foto ihsan APM

Katanya, hujan berterusan beberapa jam bermula jam 8 malam pada Sabtu hingga 3 pagi tadi.

"Tiga PPS terbabit di Balai Raya Kampung Sempadan menempatkan 24 mangsa, Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Baharu(26) dan SK Batu Balai(16)," katanya.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, menerusi portal Info Bencana Banjir Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) setakat jam 1.14 tengah hari, Pahang mencatatkan 976 mangsa terdiri 374 keluarga membabitkan 24 PPS telah dibuka setakat ini.

Anggota APM Jerantut membantu menyediakan kelengkapan di PPS terlibat di Jerantut.
Foto ihsan APM
Anggota APM Jerantut membantu menyediakan kelengkapan di PPS terlibat di Jerantut. Foto ihsan APM

Selain Jerantut, Raub terus mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 891 orang manakala seramai 15 orang di Lipis ditempatkan di SK Jerangsang.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!