Lelaki bakar rumah sendiri, merebak ke empat rumah jiran

Setakat ini polis masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti motif dan punca suspek bertindak sedemikian.
Setakat ini polis masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti motif dan punca suspek bertindak sedemikian.
A
A
A

SUNGAI BULOH - Seorang lelaki bertindak membakar rumahnya sehingga mengakibatkan empat buah rumah jirannya turut terbakar dalam kejadian di Kuang pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Superintenden Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, pihaknya sebelum itu menerima laporan berkaitan kejadian pada jam 7.06 petang.

Beliau berkata, sepasukan anggota polis kemudiannya digerakkan ke lokasi kejadian serta memaklumkan kebakaran berkenaan kepada pihak bomba.

"Maklumat awam mendapati kejadian berlaku akibat tindakan seorang individu yang membakar rumahnya sendiri sebelum kebakaran itu merebak ke empat lagi rumah bersebelahan.

"Susulan itu, seorang lelaki tempatan berumur 34 tahun ditahan dipercayai terlibat dalam kejadian ini," katanya menerusi kenyataan pada Ahad.

Seorang lelaki bertindak membakar rumahnya sebelum kebakaran merebak ke empat lagi rumah jirannya dalam kejadian di Kuang pada Sabtu.
Seorang lelaki bertindak membakar rumahnya sebelum kebakaran merebak ke empat lagi rumah jirannya dalam kejadian di Kuang pada Sabtu.

Katanya, suspek kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh untuk tindakan selanjutnya.

"Setakat ini polis masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti motif dan punca suspek bertindak sedemikian.

Artikel Berkaitan:

"Satu kertas siasatan berhubung kejadian dibuka di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan," katanya.

Menurutnya, semakan awal mendapati kebakaran ini tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa.

"Orang ramai dinasihatkan tidak mengambil sebarang tindakan melulu yang melanggar undang-undang dan sebarang tangkapan dilakukan perlu diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

"Sebarang maklumat berkaitan kejadian boleh disalurkan dengan menghubungi mana-mana balai polis berdekatan atau Pegawai Penyiasat Inspektor Mohammad Azammuddin Mohd Razib di talian 016-5661597," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!