Dua hari redah arus deras guna bot bawa anak calon SPM keluar
01 Disember 2024 | Berita Semasa Video
A
A
A
Dua hari redah arus deras guna bot bawa anak calon SPM keluar
Seorang ibu sanggup meredah arus deras menggunakan bot untuk membawa anak sulungnya yang merupakan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) keluar dari kampung mereka di Gual Machang ke Sekolah Kebangsaan (SK) Gual Tinggi, Rantau Panjang bagi memastikan anaknya menduduki ujian lisan pada Isnin, lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.
Nor Azira Abdul Halim, 38, berkata, sudah dua hari dia dan anaknya, Nur Ariana Mohd Rozizi,17, berusaha untuk keluar dari kampung namun gagal disebabkan arus terlalu deras.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Banjir #Kelantan