Polis tembak mati tujuh tujuh pemberontak Naxal
NEW DELHI - Sekurang-kurangnya tujuh anggota kumpulan militan Naxal terbunuh pada Ahad dalam pertempuran sengit dengan pasukan polis di negeri Telangana, selatan India, lapor Xinhua.
Pertempuran antara kumpulan Naxal dan pasukan polis berlaku di kawasan hutan Chalpaka di Eturunagaram, daerah Mulugu kira-kira 258 kilometer timur laut Hyderabad, ibu negeri Telangana.
"Awal pagi ini, pasukan gabungan Greyhounds dan Skuad Anti-Naxal melaksanakan operasi pencarian di kawasan hutan Eturunagaram di daerah Mulugu.
"Semasa operasi, insiden tembak-menembak tercetus antara mereka dan kumpulan Naxal yang berada di lokasi.
"Dalam pertempuran itu, tujuh pemberontak Naxal terbunuh," kata seorang pegawai polis.
Tiada anggota polis cedera semasa pertempuran itu dan pihaknya berjaya merampas beberapa senjata dan peluru di lokasi kejadian. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!