Bomba bantu pesakit buah pinggang tahap 5 terkandas banjir
01 Disember 2024 | Berita Semasa Video
A
A
A
Bomba bantu pesakit buah pinggang tahap 5 terkandas banjir
Laluan ke Hospital Tumpat di Jalan Kelaboran yang ditutup akibat banjir setinggi 0.9 meter menyebabkan seorang pesakit buah pinggang tahap lima terpaksa mendapatkan bantuan bomba.
Zulkifli Ismail, 43 tahun, dari Kampung Kok Keli menghubungi pihak keselamatan terbabit dan kemudian membawanya dengan menggunakan kenderaan pacuan empat roda oleh dua anggota Balai Bomba dan Penyelamat Tumpat ke hospital berkenaan untuk menjalani rawatan dialisis di hospital terbabit pada jam 11 pagi.
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #Banjir #Bomba