Mangsa banjir di Negeri Sembilan menurun

Sukarelawan melakukan kerja-kerja pembersihan kediaman mangsa banjir yang terjejas. Foto: FB MBNS
Sukarelawan melakukan kerja-kerja pembersihan kediaman mangsa banjir yang terjejas. Foto: FB MBNS
A
A
A

SEREMBAN - Jumlah mangsa banjir di Negeri Sembilan menunjukkan trend penurunan dengan mencatatkan seramai 1,617 mangsa berbanding 2,120 mangsa sebelum ini.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun menerusi Facebooknya memaklumkan setakat jam 4 petang Ahad, terdapat lapan pusat pemindahan sementara (PPS) masih beroperasi.

"Ia membabitkan PPS di daerah Jempol, Tampin dan Kuala Pilah yang menempatkan 439 bilangan ahli keluarga menjadikan jumlah 1, 617 mangsa dan menunjukkan trend penurunan.

"Orang awam dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada dan mengikut arahan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa," katanya.

Kerja-kerja pembersihan rumah mangsa banjir turut disertai oleh pasukan ATM. - Foto: FB MBNS
Kerja-kerja pembersihan rumah mangsa banjir turut disertai oleh pasukan ATM. - Foto: FB MBNS

Dalam pada itu, beliau turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua sukarelawan termasuk agensi kerajaan yang membantu membersihkan rumah dan menyantuni mangsa banjir di negeri ini.

"Khidmat dan bantuan yang diperlukan waktu ini adalah usaha pembersihan rumah kepada mangsa yang telah dibenarkan pulang dari PPS.

"Kepada sukarelawan yang ingin turun membantu diharap dapat menghubungi pihak Pusat Khidmat Operasi Banjir Daerah (PKOB) bagi menyelaraskan kerja-kerja pembersihan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Aminuddin menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua sukarelawan termasuk agensi kerajaan yang membantu membersihkan rumah dan menyantuni mangsa banjir di negeri ini.
(Foto MBNS).
Aminuddin menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua sukarelawan termasuk agensi kerajaan yang membantu membersihkan rumah dan menyantuni mangsa banjir di negeri ini. (Foto MBNS).

Aminuddin dalam kenyataannya sebelum ini berkata, pihaknya telah menyelaraskan bantuan-bantuan untuk seluruh mangsa banjir bersama dengan agensi-agensi yang terlibat seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysian (APM), dan Jabatan Bomba dan Penyelamat.

"Keselamatan semua mangsa adalah diutamakan, kerajaan Negeri Sembilan telah mewujudkan Negeri Sembilan Command Centre (NeSCOM) bagi sebarang laporan berhubung dengan situasi banjir di negeri ini.

"Sebarang pertanyaan boleh dirujuk menerusi talian 012-9446380 (Lt. M (PA) Mohd Adib). Kerja-kerja pembersihan rumah-rumah mangsa akan digerakkan sejurus situasi banjir berakhir," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!