Covid-19: MS Westerdam dibenar berlabuh di Kemboja

Kapal persiaran WS Westerdam akhirnya berlabuh di perairan Kemboja selepas ditolak empat buah negara yang risau dengan wabak Covid-19.
Kapal persiaran WS Westerdam akhirnya berlabuh di perairan Kemboja selepas ditolak empat buah negara yang risau dengan wabak Covid-19.
A
A
A

PHNOM PENH - Selepas ditolak oleh empat buah negara yang khuatir dengan wabak koronavirus (Covid-19), kapal persiaran MS Westerdam akhirnya diterima untuk berlabuh di perairan Kemboja.

Operator kapal WS Westerdam, Holland America Line dalam satu kenyataan berkata, kesemua penumpang dan anak kapal harus menjalani pemeriksaan bagi memastikan mereka bebas daripada Covid-19

"Tidak ada mana-mana penumpang atau anak kapal yang dijangkiti Covid-19 di dalam kapal mewah itu," lapor Time.

Terdahulu, kapal yang membawa 2,200 penumpang termasuk 802 anak kapal sebelum itu tidak diterima untuk berlabuh di empat buah negara iaitu di Jepun, Filipina, Taiwan dan Thailand.

Namun kapal mewah itu kini dibenarkan berlabuh di perairan berjarak satu kilometer dari pelabuhan utama Sihanoukville, Kemboja.

Sementara itu, Gabenor Wilayah Prah Sihanoukville, Kouch Chamrouen berkata, pasukan perubatan tempatan akan melakukan pemeriksaan kesihatan selain bertanggungjawab dalam proses membawa turun penumpang serta anak kapal.

Susulan itu, beberapa pejabat kesihatan di Kemboja memberitahu, sekitar 20 penumpang mengeluh sakit perut atau demam.

Bagaimanapun, kakitangan perubatan kapal persiaran itu memaklumkan bahawa masalah kesihatan yang dialami adalah satu perkara normal namun mereka akan diasingkan daripada penumpang lain.

Artikel Berkaitan:

Dalam masa sama, jurucakap Kementerian Kesihatan Kamboja, Or Vandine berkata, jika hasil pemeriksaan menunjukkan ada penumpang yang dijangkiti Covid-19, mereka dibenarkan untuk mendapatkan rawatan di Kemboja.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!