Antiseptik terakhir cetus insiden berdarah

Seorang wanita sanggup bertindak kejam menikam dua pelanggan lain hanya kerana berebut sebotol antiseptik terakhir di sebuah pasar raya di Wuhan, China. -Foto Twitter Habsburg334
Seorang wanita sanggup bertindak kejam menikam dua pelanggan lain hanya kerana berebut sebotol antiseptik terakhir di sebuah pasar raya di Wuhan, China. -Foto Twitter Habsburg334
A
A
A

WUHAN - Kebimbangan dan ketakutan penduduk berhubung penularan wabak koronavirus (Covid-19) menyebabkan segelintirnya sanggup melakukan apa sahaja bagi memastikan kesihatan diri terjamin.

Terbaharu, seorang wanita sanggup bertindak kejam menikam dua pelanggan lain hanya kerana berebut sebotol antiseptik terakhir di sebuah pasar raya di Wuhan, China, semalam.

Tindakan itu berjaya dirakam dan dikongsi seorang pengguna Twitter, @MerlotN yang memberitahu seorang warga emas dan seorang kanak-kanak berusia 12 tahun ditikam wanita terbabit.

Turut disiarkan dalam video itu keluarga mangsa yang menjerit dengan kesan darah di atas lantai premis pasar raya dan keadaan mangsa yang berlumuran darah selepas ditikam oleh suspek.

Dalam ciapan terbaharunya, @MerlotN memaklumkan bahawa kedua-dua mangsa berjaya diselamatkan dan kini menerima rawatan di hospital manakala suspek ditahan pihak polis.

Perkongsian video tersebut kini tular di media sosial dan rata-rata netizen mengecam tindakan dilakukan suspek yang sanggup menikam warga emas dan kanak-kanak.

"Hanya kerana antiseptik, sanggup menikam orang lain. Nampak gayanya dekat China sudah parah penyakit ini. Semoga mereka masih diberi ketabahan dalam menghadapi wabak koronavirus," tulis Xi ah Seng di Twitter.

Stephen Adrew pula memberitahu, "Ini tindakan melampau sehingga sanggup menikam orang lain demi mendapatkan barang itu. Cuba bawa berunding dan bincang, jangan ambil tindakan terburu-buru."

Artikel Berkaitan:

Terdahulu, antiseptik kini mendapat permintaan ramai di negara itu sejak tercetusnya penularan wabak Covid-19.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!