Beli kipas harga RM200, rupanya saiz besar botol mineral

Orang ramai diingatkan agar sentiasa beringat supaya tidak tertipu dengan penjual yang dianggap melakukan jenayah menerusi dalam talian. Gambar hiasan 123RF (Gambar kecil: Mohd Fahmi)
Orang ramai diingatkan agar sentiasa beringat supaya tidak tertipu dengan penjual yang dianggap melakukan jenayah menerusi dalam talian. Gambar hiasan 123RF (Gambar kecil: Mohd Fahmi)
A
A
A

MELAKA - Meskipun telah tiga tahun berlalu, namun pengalaman ditipu ketika membeli sebuah kipas berdiri secara dalam talian masih segar dalam ingatan seorang eksekutif sebuah syarikat berkaitan kerajaan.

Mohd Fahmi Mohamed Diah, 37, berkata, biarpun kerugian yang dialami tidaklah mencecah ribuan ringgit, tetapi dia kecewa kerana kes penipuan seumpama ini masih berlaku dalam masyarakat.

Menceritakan kejadian, Mohd Fahmi berkata, dia tertarik dengan promosi iklan kipas berdiri didakwa buatan Jepun di media sosial dengan harga RM200 sahaja bagi dua unit.

Dia kemudian membuat pembelian barangan elektrik itu melalui kaedah pembayaran tunai ketika serahan (COD).

“Saya beli sebab tertarik dengan iklan dipaparkan di media sosial, kononnya orang berebut membeli kipas di kedai penjual itu yang terletak di Kuala Lumpur.

“Tapi, apabila barang sampai ke rumah, rupanya saiz kipas berdiri itu lebih kurang saiz botol air mineral 500 mililiter. Tak berbaloi dengan harga RM200,” katanya.

Moha Fahmi sehubungan itu menasihatkan orang ramai sentiasa beringat supaya tidak tertipu dengan penjual yang dianggap melakukan jenayah menerusi dalam talian.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!