Pasangan Cina kahwin tema Melayu raih perhatian

Sebuah video memaparkan majlis perkahwinan sepasang mempelai bangsa Cina bertemakan tradisi Melayu meraih perhatian ramai.
Sebuah video memaparkan majlis perkahwinan sepasang mempelai bangsa Cina bertemakan tradisi Melayu meraih perhatian ramai.
A
A
A

SHAH ALAM - Sebuah video memaparkan majlis perkahwinan sepasang mempelai bangsa Cina bertemakan tradisi Melayu meraih perhatian ramai.

Video berdurasi 59 saat yang dikongsi pengguna aplikasi X itu menyaksikan pasangan pengantin masuk ke dewan diiringi paluan kompang dan tarian singa.

"Perkahwinan Cina tetapi sebaliknya adalah Melayu. Ini sangat comel Malaysia betul, boleh jadi 'wedding of the year'!

Pasangan pengantin masuk ke dewan diiringi paluan kompang dan tarian singa.
Pasangan pengantin masuk ke dewan diiringi paluan kompang dan tarian singa.

"Kali pertama tengok perkahwinan baba nyonya," tulis netizen di ruangan kapsyen.

Perkongsian video berkenaan meraih perhatian warganet yang rata-ratanya berpendapat pasangan terbabit sangat ideal, unik dan comel.

Tarian singa turut mengiringi pasangan pengantin ketika masuk ke dewan.
Tarian singa turut mengiringi pasangan pengantin ketika masuk ke dewan.

Perkahwinan baba dan nyonya merupakan adat yang paling unik di Malaysia.

Artikel Berkaitan:

Unsur-unsur kebudayaan Cina dan Melayu mempengaruhi adat perkahwinan tersebut.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!