Lelaki dipercayai lemas terjatuh ketika memukat ikan

Seorang lelaki dipercayai lemas selepas terjatuh ke dalam sungai kawasan tebatan banjir ketika memukat ikan di Jalan Paya Kubang Lembu, Kampung Tok Kesop, Jitra pada Ahad. Foto hiasan
Seorang lelaki dipercayai lemas selepas terjatuh ke dalam sungai kawasan tebatan banjir ketika memukat ikan di Jalan Paya Kubang Lembu, Kampung Tok Kesop, Jitra pada Ahad. Foto hiasan
A
A
A

KUBANG PASU - Seorang lelaki dipercayai lemas selepas terjatuh ke dalam sungai kawasan tebatan banjir ketika memukat ikan di Jalan Paya Kubang Lembu, Kampung Tok Kesop, Jitra pada Ahad.

Ketua Zon 1, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Ahmad Aminuddin Abd Rahim berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian berkenaan pada jam 7.29 malam.

Katanya, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra serta Pasukan Gerak Cepat (PGC) bergegas ke lokasi untuk operasi menyelamat.

Anggota bomba ketika menjalankan kerja-kerja menyelamat lelaki berusia 40 tahun yang dilaporkan terjatuh ketika memukat ikan.
Anggota bomba ketika menjalankan kerja-kerja menyelamat lelaki berusia 40 tahun yang dilaporkan terjatuh ketika memukat ikan.

"Berdasarkan maklumat lelaki berusia sekitar 40 tahun itu memukat ikan ketika kejadian.

"Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa telah dilancarkan dengan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) turut berada di lokasi,” katanya dalam kenyataan di sini pada Isnin.

Jelasnya, ketika menerima panggilan kes terbabit, pasukan PGC sedang melakukan operasi penyelamatan kes banjir.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!