Rugi lebih RM14,000 terpedaya iklan susu, tepung murah

Seorang peniaga mengalami kerugian lebih RM14,000 gara-gara terpedaya dengan iklan jualan murah di laman sosial. Foto hiasan
Seorang peniaga mengalami kerugian lebih RM14,000 gara-gara terpedaya dengan iklan jualan murah di laman sosial. Foto hiasan
A
A
A

JEMPOL - Seorang peniaga mengalami kerugian lebih RM14,000 gara-gara terpedaya dengan iklan jualan murah di laman sosial.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, kejadian itu bermula selepas lelaki berusia 54 tahun berkenaan tertarik dengan tawaran harga susu dan tepung murah.

"Mangsa yang berminat dengan tawaran tersebut telah menekan pautan diberi dan mengisi butiran peribadi termasuk nombor akaun bank serta nombor pin ke dalam aplikasi tersebut.

"Selepas itu mangsa mendapati, wang dalam akaun miliknya telah dipindahkan tanpa kebenaran ke beberapa akaun dan platform lain dengan transaksi berjumlah RM5,000, RM5,100, RM2,200 dan RM1,974.55," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Menurutnya, perkara itu diketahui mangsa selepas menerima makluman daripada pihak bank.

Ujarnya, mangsa yang menyedari ditipu telah membuat laporan di balai polis untuk tindakan lanjut.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!