Cuepacs Terengganu rakam penghargaan kepada Perdana Menteri

Pemandangan dari udara menunjukkan situasi banjir di Taman Desa Tanjung Damai, Kuala Nerus pada Ahad. Foto Bernama
Pemandangan dari udara menunjukkan situasi banjir di Taman Desa Tanjung Damai, Kuala Nerus pada Ahad. Foto Bernama
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Terengganu merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas bantuan khas kewangan RM500 kepada lebih 14,000 penjawat awam negeri ini.

Pengerusinya, Zainudin Daud berkata, bantuan khas itu bukan sahaja sebagai memberikan penghargaan kepada usaha dan dedikasi penjawat awam, tetapi juga menjadi motivasi kepada penjawat awam untuk terus berkhidmat demi negeri dan negara tercinta.

"Cuepacs Terengganu sangat menghargai perhatian dan sokongan Perdana Menteri yang diberikan kepada penjawat awam negeri.

"Selain itu ia juga akan menjadi dorongan kepada penjawat awam negeri Terengganu untuk terus membangunkan negara ke arah yang lebih gemilang di bawah naungan Kerajaan Madani,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Dalam lawatan dan tinjauan ke atas mangsa banjir di Setiu semalam, Anwar yang juga Menteri Kewangan mengumumkan bantuan khas tersebut yang melibatkan peruntukan RM7.4 juta.

Selain itu Perdana Menteri turut mengumumkan peruntukan tambahan segera untuk disalurkan kepada Kelantan dan Terengganu, masing-masing RM25 juta, susulan keadaan banjir yang serius di kedua-dua negeri tersebut. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!