Piala Remaja Asia: Vikneswaran ada perancangan tersendiri bertemu India

Young Tigers menamatkan saingan kumpulan B Piala Remaja Asia 2024 di tempat kedua selepas tumpas kepada Pakistan 4-1 dalam aksi berlangsung di Stadium Hoki Oman di Muscat, Oman. Foto Facebook MHC
Young Tigers menamatkan saingan kumpulan B Piala Remaja Asia 2024 di tempat kedua selepas tumpas kepada Pakistan 4-1 dalam aksi berlangsung di Stadium Hoki Oman di Muscat, Oman. Foto Facebook MHC
A
A
A

KETUA jurulatih skuad remaja negara, I Vikneswaran mempunyai perancangan tersendiri bagi menghadapi pasukan India pada peringkat separuh akhir Piala Remaja Asia 2024, pada Selasa.

Vikneswaran berkata, beliau dan barisan kejurulatihan akan menggunakan tempoh rehat satu hari sebaiknya, bagi membina pasukan yang mantap dalam mengintai slot ke final.

"Banyak yang kita harus lakukan dan sudah semestinya pemulihan pemain adalah penting, sebagai persediaan untuk menghadapi dua perlawanan yang seterusnya.

"Untuk perlawanan menentang India kita sudah ada rencana sendiri dan kita akan cuba lakukan yang terbaik pada perlawanan separuh akhir menentang pasukan itu,” katanya dalam audio dikongsikan Konfederasi Hoki Malaysia (KHM), pada Isnin.

Semalam, Young Tigers menamatkan saingan kumpulan B Piala Remaja Asia 2024 di tempat kedua selepas tumpas kepada Pakistan 4-1 dalam aksi berlangsung di Stadium Hoki Oman di Muscat, Oman.

Bagaimanapun keputusan itu tidak menjejaskan peluang Malaysia untuk mara ke separuh akhir, memandangkan dua pasukan terbaik daripada setiap kumpulan akan mara ke pusingan seterusnya.

Mengulas berkenaan perlawanan semalam, Vikneswaran tetap bangga dengan aksi ditampilkan anak buahnya meskipun gagal meraih kemenangan pada aksi terakhir peringkat kumpulan itu.

Beliau berkata kejayaan meraih tempat kedua itu, telah melayakkan pasukannya untuk ke Piala Dunia Remaja tahun depan yang dijadual berlangsung di India pada Disember 2025.

Artikel Berkaitan:

"Kita bermula baik dengan Pakistan dan malah kita juga berjaya mengawal permainan serta meraih beberapa peluang namun tidak dapat disempurnakan. Namun saya bangga dengan corak dan mutu permainan yang ditampilkan,” katanya.

Untuk rekod Malaysia pernah menjuarai Piala Remaja Asia pada 2012, di Melaka. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!