Ubi pilihan makanan musim banjir

Pelanggan membeli ubi kayu yang dijual di kedai Annuar Al Shadat Kadi yang menjual pelbagai jenis ubi di kedainya yang terletak berhampiran Jalan Bukit Besi. Foto Bernama
Pelanggan membeli ubi kayu yang dijual di kedai Annuar Al Shadat Kadi yang menjual pelbagai jenis ubi di kedainya yang terletak berhampiran Jalan Bukit Besi. Foto Bernama
A
A
A

DUNGUN - Musim banjir membawa rezeki tambahan buat seorang peniaga ubi di sini apabila jualannya telah meningkat dengan ketara sejak kebelakangan ini.

Annuar Al Shadat Kadi, 53, berkata, ubi amat digemari ramai semasa musim banjir di sini kerana ia mudah untuk dimasak, di samping menjadi sumber karbohidrat yang mengenyangkan.

Beliau yang lebih dikenali di sini sebagai Nuar Durian berkata, sejak banjir mulai melanda sekitar sini beberapa minggu lepas, beliau mampu menjual 500 hingga 700 kilogram ubi setiap hari.

"Setiap kali banjir, orang akan tertarik membeli ubi, mereka balik rumah dan masak ubi panas-panas, memang sangat sedap dan mengenyangkan, dan ubi menjadi makanan yang sangat popular ketika cuaca sejuk kerana ia mudah dimasak, sesuai dijadikan hidangan pemanas tubuh.

"Ia juga mudah disimpan khususnya bagi keluarga yang rumah mereka terkesan banjir,” katanya ketika ditemui Bernama di gerainya di Jalan Bukit Besi di sini, yang menawarkan pelbagai jenis buah-buahan dan ubi antaranya ubi kayu, ubi keledek, ubi yakun, dan ubi itik

Ubi keledek antara ubi yang dijual di kedai Annuar Al Shadat Kadi. Foto Bernama
Ubi keledek antara ubi yang dijual di kedai Annuar Al Shadat Kadi. Foto Bernama

Annuar yang sudah mula berniaga sejak berumur enam tahun bagaimanapun berkata, pada musim ini bekalan ubi sedikit terjejas kerana kesukaran untuk mendapatkan bekalan stok yang mencukupi.

Bagi seorang anggota polis Zainal Mohd Noah, 58, ubi merupakan antara makanan yang wajib dibeli setiap kali musim banjir kerana rasanya yang lazat dan boleh dijadikan pelbagai jenis hidangan mudah.

Artikel Berkaitan:

Peniaga buah Salim Yusof, 55, menjual pelbagai jenis ubi seperti ubi yakun, ubi kayu, ubi keledek, ubi itik dan ubi keladi di kedainya yang terletak berhampiran Jalan Bukit Besi. Foto Bernama
Peniaga buah Salim Yusof, 55, menjual pelbagai jenis ubi seperti ubi yakun, ubi kayu, ubi keledek, ubi itik dan ubi keladi di kedainya yang terletak berhampiran Jalan Bukit Besi. Foto Bernama

"Ubi ini kalau direbus dan makan dengan sambal bilis, parut kelapa dan gula pun sudah lazat. Setiap kali musim hujan atau banjir, memang saya akan beli untuk keluarga saya kerana ia berkhasiat,” katanya. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!