MAIWP peruntuk dana zakat RM19.85 juta kepada KPBKL

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar (tengah) bergambar bersama para penyumbang bantuan kepada KPBKL pada Karnival Soul Journey Belia Asnaf sempena sambutan ulang tahun ke-50 MAIWP di pekarangan KPBKL pada Ahad.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar (tengah) bergambar bersama para penyumbang bantuan kepada KPBKL pada Karnival Soul Journey Belia Asnaf sempena sambutan ulang tahun ke-50 MAIWP di pekarangan KPBKL pada Ahad.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menyampaikan dana berjumlah RM19.85 juta kepada Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL), pada tahun ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar berkata, dana itu bertujuan membantu pelajar yang 85 peratus daripadanya dalam kalangan asnaf untuk melanjutkan pengajian dalam pelbagai program pengajian.

Menurutnya, KPBKL turut menerima sumbangan berjumlah RM699,350 melibatkan pelbagai bentuk seperti wakalah zakat, peralatan pendidikan dan pembinaan infrastruktur baru seperti makmal komputer.

"Saya percaya bahawa setiap nilai yang disumbangkan adalah pelaburan ke arah masa depan yang lebih cemerlang, bukan sahaja untuk individu tetapi juga untuk masyarakat secara keseluruhan.

"Sumbangan berkenaan diharapkan dapat memberi semangat kepada pelajar daripada keluarga asnaf untuk mengubah nasib diri, keluarga dan sekali gus menjadi salah seorang penyumbang zakat pada masa depan," katanya pada Ahad.

Beliau ditemui pada Karnival Soul Journey Belia Asnaf sempena sambutan ulang tahun ke-50 MAIWP di pekarangan KPBKL.

Karnival julung kali diadakan itu dilaksanakan dengan kerjasama KPBKL dengan kehadiran pelbagai lapisan masyarakat, termasuk belia asnaf, wakil sektor korporat dan badan bukan kerajaan (NGO).

Artikel Berkaitan:

Mohd Na’im (tiga dari kiri) menyempurnakan gimik perasmian Karnival Soul Journey Belia Asnaf di pekarangan KPBKL pada Ahad.
Mohd Na’im (tiga dari kiri) menyempurnakan gimik perasmian Karnival Soul Journey Belia Asnaf di pekarangan KPBKL pada Ahad.

Pelbagai pengisian telah dilaksanakan sepanjang karnival ini diadakan antaranya sesi motivasi, pertandingan sukan, e-sukan, dan reruai pameran agensi serta syarikat di bawah MAIWP.

Dalam pada itu, Mohd Na’im berkata, aspek keboleh pasaran graduan KPBKL antara aspek yang menjadi penekanan pengurusan kolej berkenaan.

Katanya, pihak pengurusan kolej akan memastikan bidang pengajian ditawarkan bersesuaian dengan kehendak pasaran.

"Kita mahu apabila pelajar tamat pengajian boleh dapat pekerjaan seiring hasrat MAIWP supaya kumpulan ini boleh mengubah nasib diri dan keluarga.

"Bagaimana nak dapat pekerjaan jika pengurusan kolej tak ambil kira kebolehpasaran pekerjaan? Jadi ini merupakan perkara penting yang akan diberikan perhatian pengurusan KPBKL," katanya.

Pada masa sama, beliau berharap pelajar KPBKL dapat mengimbangi antara akademik dan kerohanian yang apabila telah bekerja kelak tidak mengabaikan hubungan dengan ALLAH SWT.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!