Hujan lebat di Kelantan, Terengganu esok dan lusa

MetMalaysia ramal berlaku ribut petir berserta hujan lebat di Kelantan dan Terengganu bermula pada petang 3 Disember hingga 4 Disember ini. Foto hiasan
MetMalaysia ramal berlaku ribut petir berserta hujan lebat di Kelantan dan Terengganu bermula pada petang 3 Disember hingga 4 Disember ini. Foto hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan akan berlaku ribut petir berserta hujan lebat di Kelantan dan Terengganu bermula pada petang 3 Disember hingga 4 Disember ini.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan fenomena itu berlaku disebabkan penumpuan angin yang berpotensi menghasilkan ribut petir berserta hujan lebat dalam tempoh tersebut.

“Luruan monsun pula dijangka bermula pada 8 hingga 14 Disember 2024. Keadaan ini pula berpotensi menyebabkan hujan berterusan di timur Semenanjung dalam tempoh berkenaan,” kata kenyataan itu pada Isnin.

Orang awam adalah dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi MET Malaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!