Hentikan politikkan isu banjir

Mangsa banjir sekitar Tumpat yang terkesan memilih untuk tinggal di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Tumpat. Foto Bernama
Mangsa banjir sekitar Tumpat yang terkesan memilih untuk tinggal di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Tumpat. Foto Bernama
A
A
A

BENCANA banjir bukan satu perkara yang boleh dijadikan sebagai ‘bahan’ politik sebaliknya perlu menonjolkan satu sisi lain iaitu ‘kebersamaan’ walaupun negara mempunyai pelbagai ideologi politik.

Ini kerana, jika segala perbezaan itu dapat diketepikan ia secara tidak langsung membuktikan bahawa citra Malaysia yang kaya dengan pelbagai bangsa, agama dan budaya, jelas membawa keharmonian.

Bagaimanapun, kebersamaan itu dilihat sukar untuk dicapai kerana masih ada individu-individu yang begitu taasub dengan parti politik masing-masing sehinggakan ada yang sanggup menolak bantuan jika ia daripada parti lawan.

Perbuatan sedemikian jelas menunjukkan sikap tidak profesional dan bertanggungjawab dalam membantu meringankan beban mangsa banjir.

Dalam hal ini, semangat ‘kepartian’ perlu diketepikan bagi membolehkan sebarang bantuan yang mahu disalurkan ke kawasan masing-masing dapat disampaikan dengan segera.

Isu berkenaan banjir bukan melibatkan air yang melimpah memenuhi kawasan semata-mata sebaliknya ia mengisarkan tentang nyawa dan kelangsungan hidup.

Tonjolkan nilai politik matang parti masing-masing kerana ia akan membawa kepada kesejahteraan yang berterusan walaupun negara berdepan musibah banjir.

Oleh yang demikian, hal mengenai kepentingan parti politik perlu diketepikan demi memastikan nyawa mangsa terlibat banjir diberi keutamaan.

Artikel Berkaitan:

Bergelar sebagai rakyat Malaysia, semangat bersatu padu perlu ditonjolkan kerana ia secara tidak langsung dapat membantu memudahkan agensi-agensi kerajaan seperti bomba, angkatan pertahanan awam (APM) dan lain-lain dalam urusan menyelamat dan menyalurkan bantuan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!