Kembara 15 negara 'buru' adiwira

Req Arif mengagumi adiwira yang muncul dalam rancangan televisyen serta menjadi kegilaan kanak-kanak pada era lewat 1980-an hingga 1990-an di seluruh dunia.
Req Arif mengagumi adiwira yang muncul dalam rancangan televisyen serta menjadi kegilaan kanak-kanak pada era lewat 1980-an hingga 1990-an di seluruh dunia.
A
A
A

CYBERJAYA - Mengagumi adiwira yang muncul dalam rancangan televisyen serta menjadi kegilaan kanak-kanak pada era lewat 1980 an hingga 1990-an di seluruh dunia, mendorong lelaki berusia awal 40-an ini mengumpul barangan mainan termasuk figura serta robot siri animasi Power Rangers dan Super Sentai.

Req Arif berkata, setakat ini dia sudah mengumpulkan lebih 500 barang mainan berkaitan siri Super Sentai dari Jepun, bermula edisi pertama 1975 hingga terkini dan siri Power Rangers dari Amerika Syarikat bermula 1993 hingga 2023.

Selain dua figura popular itu, Req Arif turut memiliki koleksi mainan lain antaranya Gundam, He Man And The Masters Of The Universe, Marvel Legends, Star Wars dan Transformers serta kesemua barangan mainan disusun kemas menghiasi setiap genap ruang di dua bilik termasuk sebuah bilik stor di tingkat tiga kediamannya.

Antara figura atau robot dalam koleksinya yang mempunyai nilai harga tinggi ialah pedang robot Voltron keluaran tahun 1984 berharga RM20,000; robot Mecha Super Sentai DX Maskman GreatFive (1987) berharga sekitar RM7,000-RM10,000 dan robot Megazords Mighty Morphin Power Rangers (1993), dianggarkan harga RM2,500-RM10,000.

Req Arif menunjukkan koleksi paling berharga iaitu pedang dari siri animasi Voltron yang berharga RM20,000.
Req Arif menunjukkan koleksi paling berharga iaitu pedang dari siri animasi Voltron yang berharga RM20,000.

Berkongsi dengan Bernama kisah hobinya itu, Req Arif berkata, dia mula mengumpul barangan mainan adiwira secara serius sejak tahun 2014 iaitu selepas kedudukan ekonomi keluarganya stabil kerana untuk membeli barangan mainan itu memerlukan perbelanjaan yang tinggi dengan ada yang mencecah ribuan ringgit.

“Saya mempunyai tiga orang anak. Sebelum tahun 2014 mereka masih kecil dan keperluan membesarkan mereka juga pada masa itu adalah tinggi. Jadi, saya utamakan keluarga dahulu berbanding minat.

“Namun, apabila anak-anak sudah semakin besar dan gaji juga bertambah, jadi adalah duit yang saya boleh belanjakan untuk membeli barangan mainan ini,” katanya yang berkhidmat sebagai pengurus transformasi pasaran di sebuah syarikat perundingan antarabangsa.

Artikel Berkaitan:

Pelaburan masa depan

Menurut Req Arif, usaha mengumpul barang mainan itu juga adalah sebagai pelaburan masa depan kerana item yang dikategorikan terhad dan jarang ada, mempunyai permintaan sekali gus harganya melonjak tinggi.

“Dulu, saya adalah seorang gamer dari sekolah, universiti hingga awal bekerja. Bermain game boleh buat saya ketagih untuk membelanjakan puluhan ribu ringgit kerana ada sesetengah game itu kita perlu membayarnya untuk bermain.

Lebih 500 barang mainan berkaitan siri Super Sentai dari Jepun, bermula dari edisi pertama 1975 hingga terkini dan siri Power Rangers dari Amerika Syarikat dari 1993 hingga 2023 dikumpulkan.
Lebih 500 barang mainan berkaitan siri Super Sentai dari Jepun, bermula dari edisi pertama 1975 hingga terkini dan siri Power Rangers dari Amerika Syarikat dari 1993 hingga 2023 dikumpulkan.

“Sampai ketika saya berfikir game hanyalah virtual, bukannya fizikal atau aset yang boleh dijual semula sedangkan saya dah habiskan banyak duit tapi tiada satu sen pun dapat balik sebagai keuntungan selepas bermain, hanya kepuasan bermain semata-mata,” kongsinya.

Selain menggunakan kiriman pos dari luar negara, Req Arif berkata, dia turut menjelajah ke 15 buah negara antaranya Australia, Jepun, Thailand dan United Kingdom bagi ‘memburu’ permainan antik dan eksklusif.

“Biasanya saya melancong kerana bercuti dan semasa itulah saya akan memburu mainan-mainan yang lama. Kebanyakan ada dijual di pasar karat atau jualan but kereta.

“Contohnya di DenDenTown Osaka, Jepun dan Brunswick Flea di Melbourne, Australia,” katanya. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!