Pertaruh nyawa redah permukaan curam baiki pemancar radio

Antara permukaan curam yang terpaksa diredah untuk membaiki gangguan teknikal sistem pemancar radio di puncak Bukit Tasik, dekat Kampung Oh, Jertih di Besut.
Antara permukaan curam yang terpaksa diredah untuk membaiki gangguan teknikal sistem pemancar radio di puncak Bukit Tasik, dekat Kampung Oh, Jertih di Besut.
A
A
A

BESUT - Ahli Kelab Radio Utama Besut (Bestrac) bersama Kelab 4X4 Belantara Besut (Belantara) mempertaruhkan nyawa meredah permukaan curam dalam cuaca ekstrem untuk membaiki gangguan teknikal sistem pemancar radio ketika banjir melanda Sabtu lalu.

Presiden Bestrac, Ghazali Che Noh berkata, kerja membaik pulih dan menyelenggara peralatan komunikasi radio amatur itu dilakukan di puncak Bukit Tasik dekat Kampung Oh, Jertih di sini.

Menurutnya, langkah itu penting bagi mengatasi masalah gangguan liputan komunikasi ketika banjir.

“Hanya kenderaan 4x4 yang telah diubahsuai mampu ke puncak itu membawa pasukan teknikal Bestrac bagi menyelenggara peralatan dan bateri radio amatur di situ,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurut Ghazali, pemancar radio amatur di puncak bukit itu perlu dipastikan sentiasa berfungsi memandangkan bencana banjir di daerah Besut ketika itu semakin buruk.

Katanya, radio amatur juga adalah komunikasi yang cepat dalam menyalurkan maklumat sekali gus menjadi alat perhubungan alternatif jika talian telefon terputus.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!