Bekas juara dunia snuker meninggal dunia
BEKAS juara snuker dunia, Terry Griffiths, meninggal dunia pada usia 77 tahun selepas lama menghidap penyakit demensia.
Griffiths, dari selatan Wales, mula dikenali menerusi pusingan kelayakan untuk memenangi gelaran Crucible 1979 sebagai kelayakan, dan juga memenangi Kejohanan Masters United Kingdom untuk melengkapkan 'triple crown.’
Pada tahun-tahun kemudian, Griffiths menjadi jurulatih yang berjaya, memberi inspirasi kepada bakat baharu seperti Stephen Hendry, Mark Williams dan Mark Allen.
Williams adalah juara dunia tiga kali, antaranya yang pertama memberi penghormatan di media sosial, menyifatkan Griffiths sebagai ‘mentor, jurulatih, kawan, dan legenda’.
Allen berkata: “Legenda seorang lelaki yang mempengaruhi hidup dan kerjaya saya di dalam dan di luar meja (snuker). Pemergian Griffiths satu kehilangan yang besar.”
Anak lelaki Griffiths, Wayne menulis di Facebook, “Kepada rakan dan pengikut snuker kami secara amnya, amat sedih untuk berkongsi berita kehilangan bapa kami.
Terry Griffiths OBE meninggal dunia pada 1 Disember, selepas pertempuran yang panjang dengan demensia.
Dan dia dikelilingi oleh keluarga di kampung halaman tercinta di Wales Selatan. - Awani
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!