Mangsa banjir di seluruh negara catat penurunan
KUALA LUMPUR - Jumlah mangsa banjir di seluruh negara mencatatkan penurunan.
Setakat 6 pagi Selasa, sejumlah 94,619 mangsa masih berada di pusat pemindahan sementara (PPS).
Menurut laman web Public Info Banjir, ia melibatkan 28,385 keluarga yang ditempatkan di 406 PPS yang dibuka di seluruh negara. Mangsa tertinggi dicatatkan di Kelantan dengan 58,145 orang, dari 18,340 keluarga.
Mereka berlindung di 168 PPS yang beroperasi di lapan daerah terlibat.
Ini diikuti di Terengganu dengan 25,199 mangsa, dari 6,594 keluarga dan ditempatkan di 143 PPS di lapan daerah.
Sementara itu Kedah, merekodkan 7,501 mangsa, dari 2,309 keluarga dan ditempatkan di 40 PPS di lima daerah.
Di selatan tanah air, sejumlah 1,052 mangsa dicatatkan di Johor.
Manakala di Perak, 640 mangsa, di Melaka 161 mangsa dan Perlis 69 mangsa. - Awani
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!