Pemandu pacuan empat roda tular sebabkan kemalangan disaman
JOHOR BAHRU – [DIKEMAS KINI] Polis bertindak mengeluarkan saman terhadap seorang pemandu kenderaan pacuan empat roda, kerana dipercayai terbabit dalam kemalangan hingga merosakkan kenderaan lain di sekitar kawasan Adda Heights, di sini, Khamis lalu.
Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, tindakan saman itu dilaksanakan susulan klip video yang tular di aplikasi X yang memaparkan pertengkaran mulut yang berlaku antara dua individu dipercayai pemilik kepada kenderaan-kenderaan yang terbabit iaitu kereta jenis Perodua Myvi yang dipandu seorang wanita berusia 45 tahun dengan kenderaan pacuan empat roda jenis Ford Ranger dipandu seorang lelaki berusia 21 tahun.Katanya, kejadian tersebut dipercayai berlaku di jalan ADDA 3/1, di sini sekitar jam 12.26 tengahari, 28 November lalu.
“Siasatan awal mendapati kemalangan terjadi apabila pemandu pacuan empat roda jenisFord Ranger gagal mengawal kenderaan ketika keluar dari petak parkir sehingga melanggar bahagian depan kereta Perodua Myvi.
“Tiada kecederaan dilaporkan dalam insiden tersebut, namun kereta Perodua Myvi mengalami kerosakan,” katanya.
Pemandu kenderaan pacuan empat roda jenis Ford Ranger juga dikenakan tindakan saman di bawah Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 kerana gagal mengawal kenderaan.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!