[VIDEO] PRN Sabah: Manifesto PBS-STAR selari manifesto GRS

A
A
A

KOTA KINABALU - Tidak akan ada percanggahan manifesto yang ditampilkan Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dengan manifesto Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Malah Ketua Penerangan PBS, Datuk Joniston Bangkuai berkata, menerusi manifesto bersama yang ditampilkan kedua-dua parti itu akan melengkapkan lagi manifesto GRS untuk gabungan itu menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Katanya, seperti yang diketahui umum setiap parti sudah tentu mempunyai manifesto masing-masing untuk menghadapi pilihan raya.

Joniston Bangkuai
Joniston Bangkuai

"PBS ada manifestonya, STAR ada manifestonya, tapi apa yang kita lihat melalui kerjasama PBS dan STAR ini kita selarikannya, kita lihat apa fokus dalam manifesto kedua-dua parti dan kita adunkan.

"Tetapi kita juga harus mengambil kira bahawa apa saja yang kita senaraikan dalam manifesto itu selari dengan manifesto GRS, jadi ini bermakna ia menyempurnakan lagi manifesto GRS.

"Tidak akan ada percanggahan cuma dari segi pendekatannya saja, tetapi secara keseluruhannya ia akan sama juga, kita akan pastikan suara kita sama dalam apa saja yang kita ingin perjuangkan untuk negeri Sabah," katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri sidang akhbar Miss World Malaysia 2024 di sini pada Isnin.

Beliau berkata demikian selepas diminta mengulas kenyataan bersama PBS dan STAR yang bersetuju untuk tampil dengan manifesto bagi melengkapi manifesto GRS menerusi satu mesyuarat yang diadakan baru-baru ini.

Artikel Berkaitan:

Joniston yang juga Ketua Penerangan GRS juga turut menjelaskan manifesto gabungan itu tetap akan berfokuskan kepada hak-hak untuk negeri dan rakyat Sabah.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!