Salah bakal kekal di Liverpool

MOHAMED SALAH
MOHAMED SALAH
A
A
A

MOHAMED Salah dilaporkan bersedia menandatangani kontrak baharu selama setahun di Liverpool tetapi kurang gembira dengan cara kelab itu mengendalikan rundingan tawaran tersebut.

Penyerang itu masih menunggu untuk Liverpool mendedahkan berhubung tempoh dan terma sebarang perjanjian baharu di sebalik minat daripada kelab-kelab terkemuka Eropah untuk menandatanganinya secara percuma pada penghujung musim.

Pemain antarabangsa Mesir itu tidak mengadakan sebarang perbincangan dengan kelab lain kerana kontraknya tidak membenarkannya berbuat demikian.

Tetapi, situasi itu akan berubah mulai 1 Januari apabila Salah berhak menandatangani perjanjian pra-kontrak dengan kelab di luar England.

The Athletic melaporkan Salah bersedia untuk menerima kontrak baharu itu berdasarkan beberapa sumber yang boleh dipercayai namun Liverpool enggan mengulas lanjut.

Laporan dalam media Perancis L’Equipe pada Ahad mengaitkan Salah dengan perpindahan ke Paris Saint Germain (PSG), tetapi juara Ligue 1 itu menafikan mereka sedang melakukan perbincangan.

Liverpool secara konsisten menegaskan bahawa perbincangan dengan Salah, melalui wakilnya Ramy Abbas, adalah positif dan masih berterusan.

Tetapi, Salah kecewa dengan perbincangan tersebut yang agak perlahan dan tidak yakin kelab itu akan memenuhi jangkaannya mengikut terma.

Artikel Berkaitan:

Salah telah menjaringkan 13 gol dan 11 bantuan gol dalam 20 perlawanan untuk Liverpool dalam semua pertandingan termasuk satu gol dan satu bantuan gol ketika kemenangan 2-0 ke atas Manchester City.

Keputusan itu membolehkan Liverpool mendahului sembilan mata di puncak carta Liga Perdana Inggeris (EPL).

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!