Tanah runtuh: Jalan Aring-Kenyir ditutup sepenuhnya
HULU TERENGGANU - Jalan Aring 8-Kenyir-Kuala Jeneris di Jalan Tasik Kenyir dekat Hulu Terengganu ditutup sepenuhnya akibat tanah runtuh, berikutan hujan lebat baru-baru ini.
Jalan tersebut dijangka ditutup lebih lama bagi proses pembaikan berikutan runtuhan yang berlaku sepanjang 100 meter itu agak serius.
Ketua Polis Hulu Terengganu, Deputi Superintenden Zainul Mujahidin Mat Yudin berkata, penghadang konkrit diletakkan bagi mengelakkan terdapatnya pemandu kenderaan yang masih berdegil untuk melalui kawasan tersebut.
Tindakan itu diambil, kerana mendapati masih terdapat segelintir pemandu yang melalui jalan tersebut meskipun papan tanda jalan ditutup sepenuhnya telah pun diletakkan. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!