PH gagal rancakkan pertumbuhan ekonomi negara

Laporan Sinar Harian hari ini.
Laporan Sinar Harian hari ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mendakwa Majlis Tindakan Ekonomi yang ditubuhkan Pakatan Harapan (PH) pada 11 Februari tahun lalu gagal mencapai matlamatnya untuk merancakkan pertumbuhan ekonomi negara.

Hishammuddin Tun Hussein
Hishammuddin Tun Hussein

Beliau berkata, Bank Negara Malaysia (BNM) semalam mengumumkan pertumbuhan ekonomi negara bagi suku keempat 2019 paling lemah dalam tempoh 10 tahun.

"Walaupun BNM kata salah satu faktornya pengeluaran minyak sawit negara berkurang tetapi mengapa mereka (PH) beri jaminan kononnya prestasi Felda akan baik menerusi pelan jangka pendek, sederhana dan panjang dalam Kertas Putih Felda yang dibentang 10 April tahun lepas.

"Kertas Putih Felda dah diwujudkan hampir setahun, kenapa pengeluaran minyak sawit bagi Januari 2020 terus jatuh dan 33 peratus lebih rendah berbanding Januari 2019?

"Dan mengapa eksport produk minyak sawit bagi Januari 2020 terus jatuh dan 19 peratus lebih rendah berbanding Januari 2019?" katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Hishammuddin, situasi ini sangat membimbangkan dan ramai peneroka Felda mengadu pendapatan mereka terjejas.

Dalam sidang akhbar kelmarin, Gabenor BNM, Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus berkata, kadar yang terendah sejak krisis kewangan 2009 berlaku berikutan gangguan bekalan dalam sektor komoditi.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!