Malaysia merekodkan kerugian RM1.224 bilion akibat jenayah dalam talian - Anwar
03 Disember 2024 | Berita Semasa Video
A
A
A
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia merekodkan kerugian berjumlah RM1.224 bilion akibat jenayah dalam talian bagi tempoh Januari hingga Oktober tahun ini.
Jelas beliau, ia termasuk jenayah telekomunikasi, e-kewangan, love scam, e-dagang, pinjaman tidak wujud dan pelaburan tidak wujud.
Beliau menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Pulai, Suhaizan Kaiat yang ingin mengetahui punca kenaikan kes jenayah berkenaan dan langkah pencegahan terhadap jenayah pinjaman wang tidak berlesen serta penipuan kewangan dalam talian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #DewanRakyat #Parlimen #AnwarIbrahim #Scam #SKMM