Boleh mohon ganti rugi kerosakan akibat banjir kilat - PM

Anwar ketika waktu pertanyaan-pertanyaan menteri di Dewan Rakyat di sini, pada Selasa. Foto Jabatan Penerangan Malaysia
Anwar ketika waktu pertanyaan-pertanyaan menteri di Dewan Rakyat di sini, pada Selasa. Foto Jabatan Penerangan Malaysia
A
A
A

KUALA LUMPUR - Mangsa banjir kilat boleh memohon ganti rugi melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan agensi kerajaan untuk dipertimbangkan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurutnya, wujud salah faham mengatakan bahawa kerosakan akibat banjir kilat tidak diberi ganti rugi.

"Soal banjir kilat ini, kalau dikenal pasti kerosakan sama ada kehilangan haiwan ternakan ataupun kemudahan-kemudahan lain di rumah itu memang ada ruang untuk mereka mohon melalui JKM dan jentera kerajaan. Kita boleh pertimbangkan untuk tambah supaya mendapat ganti rugi.

"Ada salah faham sedikit, ada yang mengatakan kalau kerosakan akibat banjir kilat tidak diganti rugi. Tidak... kerajaan tetap akan beri pertimbangan cuma tidak boleh disegerakan kerana kena ikut proses dan rekodnya," katanya ketika waktu pertanyaan-pertanyaan menteri di Dewan Rakyat di sini, pada Selasa.

Beliau menjawab pertanyaan Datuk Mohd Isam Mohd Isa (BN-Tampin) yang mahu penjelasan tentang justifikasi berhubung dasar dan polisi kerajaan yang dilihat seakan-akan tidak mengiktiraf mangsa banjir kilat daripada mendapat bantuan bencana atas alasan tidak berpindah atau ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS).

Mangsa banjir kilat boleh memohon ganti rugi melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan agensi kerajaan untuk dipertimbangkan. (Gambar hiasan) Foto Bernama
Mangsa banjir kilat boleh memohon ganti rugi melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan agensi kerajaan untuk dipertimbangkan. (Gambar hiasan) Foto Bernama

Anwar menjelaskan, pemindahan ke PPS merupakan peraturan yang ditetapkan namun masih terdapat pengeculian diberi.

"Umpamanya kadang-kadang OKU (orang kurang upaya), atau masalah orang tua yang lambat, itu diberi juga pertimbangan dan kalau ada rayuan-rayuan khas.

Artikel Berkaitan:

"Tetapi ada kemunasabahan kita tetapkan peraturan PPS kerana kalau tidak, tidak boleh dibanci. Ini berdasarkan pengalaman tahun-tahun sebelumnya," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!