YIDE salur bantuan segera kepada mangsa banjir

Muhammad Zubair menyerahkan kit keperluan asas harian kepada mangsa banjir yang terlibat.
Muhammad Zubair menyerahkan kit keperluan asas harian kepada mangsa banjir yang terlibat.
A
A
A

SHAH ALAM - Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) segera menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Selangor.

YIDE dalam satu kenyataan berkata, antara lokasi PPS yang menerima bantuan ialah di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Binjai dan Pusat Balai Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung( JPKK).

Menurutnya, mereka turut mengagihkan pemberian kit keperluan asas harian kepada mangsa banjir yang terlibat.

Mangsa banjir ditempatkan sementara di PPS SK Sungai Binjai dan Pusat Balai Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Bukit Kapar.
Mangsa banjir ditempatkan sementara di PPS SK Sungai Binjai dan Pusat Balai Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Bukit Kapar.

Tambahnya, YIDE yang diwakili oleh Pengurus Operasi Kebajikan, Muhammad Zubair Azizan telah turun ke lapangan mengagihkan bantuan kit banjir kepada mangsa-mangsa yang terlibat.

“Sehingga jam 10 pagi tadi seramai 138 mangsa dari 34 keluarga ditempatkan di PPS SK Sungai Binjai, manakala di PSS Balai JPKK Bukit Kapar menempatkan seramai 27 orang mangsa dari tujuh keluarga.

Kit pemberian harian yang diserahkan kepada mangsa banjir yang terlibat.
Kit pemberian harian yang diserahkan kepada mangsa banjir yang terlibat.

“Marilah kita sama-sama berdoa agar ALLAH SWT memberi rahmat dan perlindungan kepada mangsa-mangsa banjir yang terlibat,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!