Lelaki Rohingnya rogol gadis 14 tahun diarah ke Sekolah Henry Gurney

Seorang remaja lelaki Rohingnya diarah ke Sekolah Henry Gurney selepas didapati bersalah merogol gadis 14 tahun, Jun lalu.
Seorang remaja lelaki Rohingnya diarah ke Sekolah Henry Gurney selepas didapati bersalah merogol gadis 14 tahun, Jun lalu.
A
A
A

SEREMBAN - Seorang lelaki Rohingya bawah umur diperintahkan untuk dihantar ke Sekolah Henry Gurney di Melaka oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa kerana merogol remaja perempuan berusia 14 tahun, Jun lalu.

Hakim, Datin Surita Budin menjatuhkan hukuman tersebut terhadap tertuduh yang berusia 18 tahun selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan dibacakan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh telah merogol seorang perempuan berusia 14 tahun di dalam bilik sebuah hotel di Tampin pada 8 Jun lalu, kira-kira jam 4.20 petang hingga 5.10 petang.

Berikutan itu, tertuduh telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebat.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam dan merupakan pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) memberitahu yang sebelum ditahan, dia bekerja sebagai pembekal dan telah direman selama lima bulan.

Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Balkis Zunaidi memohon hukuman penjara yang setimpal sebagai memberi pengajaran memandangkan jenayah dilakukan adalah serius kerana melibatkan mangsa berusia 14 tahun.

Sebelum hukuman dijatuhkan, mahkamah juga mendengar laporan sosial tertuduh yang dibentangkan oleh pegawai sosial.

Selepas mahkamah mendengar fakta kes daripada pihak pendakwaan dan rayuan tertuduh, mahkamah mendapati tertuduh bersalah atas pertuduhan dibacakan.

Artikel Berkaitan:

Namun Surita memberitahu, pihaknya berpendapat hukuman penjara adalah tidak bersesuaian dalam kes terbabit.

Ia selepas beliau mengambil kira laporan sosial yang dikemukakan dan cadangan daripada peguam, S Karthigesan sebagai amicus curiae.

"Oleh itu mahkamah memerintahkan pesalah muda diletakkan di Sekolah Henry Gurney sehingga mencapai umur 21 tahun menurut Seksyen 76 Akta Kanak-Kanak 2001.

"Saya harap ibu bapa tidak ketepikan anak selepas ini dan terus bagi sokongan kepada anak sehingga mencapai usia 21 tahun," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!