Semua PPS di Jerantut, Raub ditutup, banjir pulih sepenuhnya

Anggota APM membantu mengemas salah sebuah PPS di daerah Raub yang ditutup pada Selasa.
Anggota APM membantu mengemas salah sebuah PPS di daerah Raub yang ditutup pada Selasa.
A
A
A

KUANTAN - Banjir yang melanda tiga daerah di negeri ini pulih sepenuhnya apabila semua mangsa terlibat dibenarkan pulang ke rumah masing-masing, pada Selasa.

Setakat ini, semua pusat pemindahan sementara (PPS) di Raub dan Jerantut telah ditutup sepenuhnya manakala di Lipis masih dibuka sehingga penduduk terjejas selesai membersihkan kediaman masing-masing.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Raub berkata, semua 20 PPS di daerah itu ditutup jam 1 tengah hari dan kesemua mangsa dibenarkan pulang.

Bagi daerah Jerantut, tiga PPS iaitu di Balai Raya Kampung Sempadan, Sekolah Kebangsaan (SK) Batu Balai, SK Kampung Baharu dan Balai Raya Lata Kasah telah ditutup pada Isnin.

JPBD daerah Jerantut memaklumkan, sebuah lagi PPS di daerah itu, PPS SK Teh ditutup jam 12 tengah hari pada Selasa.

Kejadian banjir yang melanda negeri ini bermula Sabtu lalu menjejaskan 2,039 mangsa daripada 655 keluarga yang dipindahkan ke 28 PPS dibuka.

Setakat ini belum ada kes kematian akibat banjir dilaporkan di negeri ini.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!