Juruwang maut ditikam: Polis rakam keterangan 10 individu

Laporan Sinar Harian berhubung kes seorang juruwang wanita warga China maut akibat ditikam di restoran tempat mangsa bekerja di Cheras, pada Jumaat. Gambar kecil: Aidil Bolhassan
Laporan Sinar Harian berhubung kes seorang juruwang wanita warga China maut akibat ditikam di restoran tempat mangsa bekerja di Cheras, pada Jumaat. Gambar kecil: Aidil Bolhassan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seramai 10 individu telah dirakam keterangan bagi membantu siasatan berkaitan kes seorang juruwang wanita warga China maut akibat ditikam di restoran tempat mangsa bekerja di Cheras, di sini, pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Aidil Bolhassan berkata, siasatan lanjut masih dijalankan ke atas tujuh suspek.

"Motif kejadian masih belum dapat dipastikan lagi, kesemua suspek berusia 19 hingga 65 tahun itu masih direman sehingga Jumaat," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Pada Sabtu, Sinar Harian melaporkan mangsa berusia 49 tahun maut dipercayai ditikam dengan pisau, di restoran berkenaan.

Aidil dipetik berkata, hasil pemeriksaan awal menemui antara empat hingga lima kesan tikaman pada tubuh mangsa dalam kejadian dianggarkan berlaku antara jam 3 hingga 4 petang itu. Restoran terbaik berdekatan saya

Mangsa kemudian disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital dengan menaiki ambulans.

Susulan itu, polis menahan tujuh suspek terdiri daripada rakan sekerja mangsa, untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, iaitu bunuh.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!