'Harga padi rendah, saya semak dahulu' - Exco

Izham (kiri), laporan Sinar Harian pada Isnin berkaitan harga padi.
Izham (kiri), laporan Sinar Harian pada Isnin berkaitan harga padi.
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor akan menyemak dakwaan pesawah di Mukim Pasir Panjang Sekinchan yang mengeluh berikutan harga lantai belian padi menurun daripada RM1,600 kepada RM1,500 satu tan metrik.

Exco Infrastruktur dan Pertanian Selangor, Ir Izham Hashim berkata, perkara itu perlu dibuat penelitian terlebih dahulu sebelum membuat sebarang kenyataan berkaitan.

"Biar saya semak (terlebih dahulu) dengan keputusan ini (kerana isu harga belian padi) di bawah tanggungjawab Kementerian Pertanian (dan Keterjaminan Makanan)," katanya.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi bagi mengulas isu rungutan pesawah akibat penurunan harga belian padi oleh pihak pengilang.

Sinar Harian pada Isnin melaporkan, kira-kira 800 pesawah di Mukim Pasir Panjang di sini mengeluh berikutan harga lantai belian padi menurun daripada RM1,600 kepada RM1,500 satu tan metrik yang disifatkan rendah dan membebankan golongan itu.

Rata-rata pesawah kecewa apabila harga belian itu lebih rendah selain masih mengekalkan potongan pemutuan padi pada kadar 20 peratus.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!