'Jangan takut untuk bersuara!' - Anzalna seru mangsa keganasan rumah tangga

Status di Insta Story Anzalna yang menyeru golongan wanita supaya tidak berdiam diri sekiranya menjadi mangsa keganasan rumah tangga.
Status di Insta Story Anzalna yang menyeru golongan wanita supaya tidak berdiam diri sekiranya menjadi mangsa keganasan rumah tangga.
A
A
A

PELAKON Anzalna Nasir menyeru golongan wanita supaya tidak berdiam diri sekiranya menjadi mangsa keganasan rumah tangga.

Ujar pemilik nama penuh Nur Anzalna Md Nasir, 36, dia berharap wanita yang terlibat bangkit daripada terus menjadi mangsa.

"Kita sebagai wanita tidak boleh sesekali biarkan suami naik tangan.

"Kepada semua wanita di luar sana yang melalui semua ini (mangsa keganasan rumah tangga), jangan takut untuk bersuara!" ujar Anzalna menerusi hantaran di Insta Story Instagram miliknya.

Anzalna berkongsi seruan itu rentetan daripada pendedahan bekas peragawati dan pelakon, Zahnita Wilson yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga.

Tambah ibu kepada dua cahaya mata itu, seorang lelaki sebenar tidak akan sesekali menggunakan kekerasan terhadap wanita.

"Betul penceraian itu memang menakutkan dan menyakitkan, tetapi terus kekal dalam perkahwinan dan dipukul sehingga mengalami kecederaan lebih menyakitkan.

"Lelaki sejati tidak akan menaikkan tangan untuk menentang wanita," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!