Air bah merah di Tumpat

Banjir merah di Tumpat kerana pewarna dari kilang sos cili.
Banjir merah di Tumpat kerana pewarna dari kilang sos cili.
A
A
A

TUMPAT - [DIKEMAS KINI] Sepasang suami isteri terkejut melihat bah setinggi semeter di pekarangan rumahnya di Telaga Bata di sini bertukar warna merah pada Ahad lalu.

Kakitangan awam terbabit, Mohd Azam Jusoh, 35, berkata, pada mulanya kejadian itu disedari oleh isterinya, Hashah Ismail, 36, pada jam 12 tengah hari.

“Saya terkejut apabila isteri saya tunjukkan video yang dia ambil, air banjir tersebut berwarna merah.

“Laluan masuk dan kawasan sekeliling rumah kami memang dinaiki air sejak Khamis kerana hujan lebat tetapi airnya jernih dari Sungai Golok sebelum secara tiba-tiba bertukar warna merah,” katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Mohd Azam memberitahu, rumahnya berkedudukan tinggi dan tidak dimasuki air namun kawasan pekarangannya ialah laluan air menyebabkan kejadian air bertukar warna tersebut berlaku sekejap sahaja.

“Awalnya memang terkejut sebab tidak tahu dari mana datangnya warna merah tersebut.

“Petang itu baru tahu rupa-rupanya pewarna dari kilang sos cili yang terletak 300 meter dari rumah kami dan kilang tersebut pula sudah tidak beroperasi sejak enam tahun lalu,” katanya.

Dia tidak menolak kemungkinan pewarna sos terbabit tumpah ke dalam banjir menyebabkan air bertukar warna.

Artikel Berkaitan:

Mohd Azam turut berkongsi kejadian tersebut di aplikasi TikTok dan menjadi tular dengan 8,707 tanda suka serta 2,438 perkongsian.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!