Aliff Syukri, Abang Viva bantu mangsa banjir di Terengganu

Aliff Syukri (kanan) bersama Azwan atau lebih popular sebagai Abang Viva ketika ditemui di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Kompleks, Gong Badak, Kuala Nerus.
Aliff Syukri (kanan) bersama Azwan atau lebih popular sebagai Abang Viva ketika ditemui di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Kompleks, Gong Badak, Kuala Nerus.
A
A
A

KUALA NERUS - Usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman bersama isterinya, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid memilih untuk menyantuni mangsa banjir di Terengganu.

Kehadiran pasangan itu di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Kompleks, Gong Badak di sini kira-kira jam 12 tengah hari pada Selasa menarik perhatian mangsa banjir yang ditempatkan di situ.

Menurut Aliff Syukri, dia memilih untuk ke Terengganu memandangkan tidak ramai pempengaruh yang datang ke negeri itu berbanding Kelantan.

"Saya datang ke sini bersama isteri dan Abang Viva (Azwan Omar) untuk berkongsi rezeki dengan membawa sedikit sumbangan kepada mangsa banjir yang terjejas teruk ketika ini.

"Sudah terlalu ramai pempengaruh yang datang berikan bantuan di Kelantan, jadi saya fokus untuk bantu mangsa banjir di Terengganu," katanya ketika ditemui pemberita di sini pada Selasa.

Aliff Syukri dilihat meluangkan masa kira-kira 30 minit dan sempat melayan permintaan mangsa banjir untuk merakam swafoto dan video bersama.

Menurutnya, dia mengalami kekangan masa untuk pergi ke semua PPS.

"Saya terkesan apabila melihat keadaan mangsa banjir di Terengganu dan terpanggil untuk berkongsi rezeki dengan golongan yang memerlukan.

Artikel Berkaitan:

"Saya yakin lebih ramai pempengaruh akan datang melawat mangsa banjir untuk menghulurkan bantuan dan menceriakan mereka pada masa akan datang," katanya.

Aliff Syukri berkata, dia membelanjakan hampir RM50,000 di tiga lokasi bagi mengagihkan bantuan antaranya susu bayi, pakaian dalam dan sedikit wang kepada mangsa banjir.

"Saya bersyukur kerana berpeluang mengagihkan makanan kepada sebahagian mangsa banjir yang terjejas dan terpaksa dipindahkan ke PPS di negeri ini,"ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!